Aurat wanita

Assalamaulaikum

Biarlah gambar menceritakan segelanya
Itu sahaja dari zu. Illaliqa


Salam sayang, Na Zumyhuna

#Pelanggan Tetap 5

Assalamualaikum


Zu nak ceritakan tentang seorang lelaki ni. Umur macam sebaya tapi zu tak tanya umur dia berapa.

Dia selalu datang kedai time orang tak datang kedai. ??
Means- bila lepas solat jumaat dan solat isyak. Time orang tak berapa nak ada.

Dia biasanya beli Iqra.

Hasil carian imej untuk darul kitab sdn bhd


Mula-mula datang...

‘Ada jual Iqra tak?’

‘Ada.. situ’ Zu tunjuk rak yang menempatkan Iqra.
Dia belek-belek iqra tu. Iqra ada banyak jenis. Dia nak beli 2 iqra yang berwana pink. Actually harganya RM12 sebuah tapi, bila dia minta murah zu bagi je la. Banyak songeh kang tak balik pulak dianya.

Bila dia nak beli iqra tu zu tertanya-tanya jugak.

‘Dia ni baru nak belajar Iqra ke.’ Zu pun gatal mulut tanya la dia. Dia kata...

‘Saya ajar orang..saya budak TAHFIZ’
Zu-   :0  :0 :0  (erkhmmm dalam hati.. baguih2)




                        Lepas tu dia datang lagi nak beli kopiah putih yang atasnya berwarna merah.  Cari-cari saiz, semua besar. Dia cari la dekat kiosk yang budak iskandar kerja tu. Masa tu zu pergi dekat kiosk mak cik. Dia pandang tak puas hati je dekat zu. Mungkin sebab zu macam tak nak jawab bila dia tanya...
‘kat sini mana lagi yang jual kopiah macam ni?’ dengan terpaksa zu jawab je la.



                         Datang lagi.. kali ni dia beli apa zu tak nak masuk campur sebab semasa dia datang tu kak Rabiahtul yang layan. Aku nak rest kat kedai kak GY. Sebab zu tak larat masa tu sebab zu demam. Zu Nampak dia. Dia tak Nampak zu. Bagus. ~_~


                         
                          Pastu dia datang time sepupuku ada. Kak Nani. Dia nak beli Iqra Pink tu malangnya takde. Kehabisan stok. Jadi dia pun tanya la soalan yang dia rasa zu boleh jawab.

‘Rotan jual kat mana?’ gulp... rasa tersekat air liur kat kerongkong ni.

‘Erkh.. rotan?’ Nk rotan aku ke hape

'Ha'ah.. rotan.. cuti macam ni kedai banyak tutup kat sini mana ya jual rotan.’Dia datang semasa cuti hari raya cina. Dan lebih tepat lagi, selepas waktu isyak.

Then zu kata le ‘jap..’ Zu pergi kat Kak Nani dan tanya dia,

‘Kat sini mana jual rotan?’

‘Rotan?’  Berkerut muka kak nani pandang aku. Then, dia pun ke luar kedai dan 
pergi dekat dengan kitaorang.

Kak Nani semedang tanya kat dia ...

‘Nak buat apa dengan rotan.’

‘Nak ajar budak..’

‘Budak TAHFIZ?’

‘Haah.. nak ajar diorang menhafaz..’

‘TAHFIZ mana?’

'Darul ...’ Darul apa tah.. zu tak ingat yang penting depannya ada Darul.

Dia tengok kak nani dan aku yang dah kehabisan idea untuk jawab soalan dia, dia pun pergi dengan hampanya.

Sebenarnya zu rasa yang dia ni malas nak jawab soalan kak Nani..
Itu lah kali terakhir zu Nampak dia... lepas tu dia dah tak muncul-muncul lagi       ~~~


# Pelanggan Tetap 5 ialah budak TAHFIZ DARUL ....


Salam sayang, Na Zumyhuna

# Pelangan Tetap 4



Assalamualaikum..

sehari menyepi tanpa blog. Okey.. i coming bebey!

Hasil carian imej untuk lego


Kali ni zu nak ceritakan tentang pelanggan tetap yang kerap kali zu ketemu pada hari minggu. Dia ni selalu datang dengan anak lelaki dia yang berusia kira-kira 4 tahun. Dia biasanya meletakkan anaknya di dalam troli dan dia sering membelikan anaknya lego.

' Ambil satu je.' mak dia bagi arahan. Zu rasa best je sebab mak dia ni tegas dan insyallah bila didik dengan displin anaknya akan menjadi seorang yang beradab.

Si anak dia ni memilih lego kemain lama. Orang minat lego biasa la...sekejap..

'lego ni dah ada.. yang ni pulak ada dah...'... huhuhu sabar je la.


Suatu hari tu dia datang lagi, mak dia kali ni zu rasa cantik daripada hari tu sebab di pakai shawl encurve berwarna jingga. cun lah..

Zu tertanya-tanya juga selama ni.

'mana laki dia.' Dalam hati ni positif je la .... kerja kot..

Then zu tanya la dia. Takut fikir yang  buruk-buruk zu tanya jugak.

'Ayah dia mana kak?'

'Takde..'

'ouh..' dah cerai kot..

#Pelanggan Tetap4

 inilah kisah pelanggan tetap ke-4 iaitu single mummy. Jom kita dokan dia supaya dapat cari ayah baru untuk anak dia.. ^^


Salam sayang, Na Zumyhuna

#Pelanggan Tetap 3

Assalamualaikum


Kali ni, zu nak kongsi cerita mengenai pelanggan yang selalu datang ke TESCO. Dia bukan pelanggan tetap kedai tempat zu bekerja, tetapi, zu selalu tegur dia apabila dia datang ke TESCO...


Mula-mula datang, zu tanya dia.

‘Akak ni orang Indon ke?’ sebab cara dia berkomunikasi dengan kawan dia macam orang Indon

‘Aku orang Indon’ dia tanya kawan dia disebelah.

‘Tak la, kami orang Sabah. Gaya aku macam Indon?’

Zu  geleng  kepala  dan senyum.

Masa tu dia tengok-tengok lengging. Dia kata harga kat sini murah berbanding di sana.




Kemudian semalam, dia datang. Sebenarnya dalam seminggu insyallah zu nampak muka dia di TESCO. Rumah dia dekat jadi, dia datang sini jalan kaki je. Dia datang sini sebab bawa anak dia bersiar-siar dan main dekat taman di tingkat atas.


Semalam jumpa zu ada  tegur dia...

‘Akak memang kurus ya?’

‘Ya. Masa bujang dulu macam ni la.’

‘Masa mengandung dulu?’

‘Dulu badan saya besar time mengandung. Lepas tu kurus balik macam ni...’dia usap perut dia

‘Ouh ..macam anak dara..’ dia gelak :p

‘sekarang saya mengandung 4 bulan.’

‘Ouh..’terkejut zu. Dah la badan di kemain kecik. Anak dah ada seorang. Huhuhu bagus le tu.. Anak dia yang sulung dah besar. Memang patut  tambah zuriat ^^



p/s- doakan zu berjaya utk ke IPG 
 

Salam sayang, Na Zumyhuna

Apabila buku ASB hilang



Assalamualaikum..

Hasil carian imej untuk Amanah Saham Bumiputera


 16,17/3/2015 aku menghilang... bukan menghilang sebenarnya, zu bercuti sambil menguruskan suatu urusan yang penting


Bagi zu ianya takde la penting sangat.. tapi bagi orang yang kisah akan masa depan zu, diorang sunggu risau dan ambil berat.


Kisahnya apabila pencuri masuk rumah. Baca kisahnya di >>SINI<< Dia ambil curi dompet zu. Zu ingatkan hanya duit je yang hilang, rupa-rupanya dua hari lepas kejadian zu baru perasaan yang dalam dompet tu ada buku bank ASB. Sebelum tu, zu ada tanya abang zu ada tak buku bank ASB dekat kampung.


Jawapannya agak mengecewakan zu. ‘Takde...’


So, zu minta kebenaraan Jia untuk balik. Untuk menyelesaikan masalah buku bank ASB. Actually sebelum minta kebenaran Jia, aku dah search internet macam mana nak settle kan problem ini.


Zu sebenarnya tak risau apa. Cuma orang yang dekat dengan zu yang sibuk.


Lepas tahu yang buku bank hilang, zu ajak tika dan jia ke pejabat pos manjung. Dekat-dekat dengan terminal bas. Zu tanya dekat akak di kuanter tu. Akak tu kata,


Hasil carian imej untuk Amanah Saham Bumiputera


‘adik kena pergi ke pejabat ASB
‘Ouh...  pejabat ASB yang paling dekat kat mana ya?’
‘Dekat Teluk Intan, di Bandar Baru. Belakang Marry Brown.’<- ayat ni zu ingat betul-betul takut tak dpt cari nanti


Kemudian, mak dan abang ngah datang untuk ambil aku pada hari ahad. Untuk buat buku baru di pejabat ASB teluk Intan. Pejabat ASB hanya beroperasi pada hari bekerja.





16/3– kami ke pejabat pos, zu sempat tanya akak tu. Dia kata, kena pergi pejabat ASB dan bayar RM20 untuk buat buku baru
Pergi photostet sijil dan minta cikgu cop salinan sijil tu..
Balik-rehat-makan
Ke pejabat pos-sekolah-ke Teluk Intan
Kami sampai kira-kira jam 4.05 ptg. En. Guard tak bagi masuk. Dia kataa\ dah tutup. Bagan Datoh ke Teluk Intan jauh tau. Mungkin ini ujian bagi zu. Okey, zu terima dengan qada daan qadar Allah

17/3- siap2 kemas baju nak balik manjung. Pagi-pagi tu kitaorang ke Teluk Intan. Takut jadi macam semalam. Okey, dah sampai... yang zu tak tahu ialah, dia suruh bawa penjaga pulak!!!!
Balik la kami ke Bagan Datoh untuk ambil ‘penjaga’  zu... sabar je la ...Ya Allah....
Abang ngah yang hantar kitaorang, singgah beli cendol di Pekan Bagan Datoh
Pastu balik rumah. Ambil my mom.
Pergi ke pejabat ASB- terlupa isi borang kehilangan buku ASB- isi- orang yang uruskan buku tu sabo je le tengok aku- my  buku ASB dah settle! Huhu senangnya dalam hati!


 Hasil carian imej untuk Amanah Saham Bumiputera

PENGHARGAAN
Terima kasih abang ngah sebagai pemandu kitaorang. 3 kali pergi baru settle ^^
Tq to mama dan my twin yang banyak support zu
Tq kepada orang-orang yang sudi mendengar masalah aku- Kak Gy, Kak Su, Jia, Atikah
Kawan-kawan blogger yang selalu membaca entri dalam blog buruk ni


 Hasil carian imej untuk RM20



Duit RM20 tu zu tak pasti dia tolak daripada akaun ASB zu atau memang tak perlu bayar sebab zu belum cukup 18 thn..


p/s- Jika kehilangan buku ASB, buat 4 langkah ini :
  1. search internet macam mana nak settle kan problem ini.
  2. pergi ke pejabat ASB terdekat
  3. bayar RM20 untuk buat buku baru
  4. isi borang kehilangan buku ASB

Good luck, semoga membantu

# Pelanggan Tetap 2

Assalamualaikum

Lama dah zu tak ceritakan berkenaan pelanggan yg selalu dtg ke kedai..

Kali ni zu nak ceritakan tentang seorang budak perempuan bersama dua orang abangnya~

Si adik selalu beli cincin ketika zu jaga kiosk.. kiosk mak cik ada jual cincin. Bukan cincin betul, cincin tiruan je. 


Hasil carian imej untuk cincin   Hasil carian imej untuk cincin     Hasil carian imej untuk cincin Hasil carian imej untuk cincin

Lebih kurang macam ni la rupanya

Mula2 datang, si abang kemain rapat dengan adiknya. Yang seorang lagi budak laki tu asyik dengan hanset je. Bila zu tanya, 'kamu ni adik beradikkan?'

Si abang yang duduk dekat adik dia yang tengah asyik memilih cincin beria-ria mengiayakan. Takut zu salah faham kot. Sebab diorang pilih cincin macam pasangan kekasih.

sabtu lepas, 14/3/2015 

diorang datang lagi, kali ni si adik dengan abang yang main hanset yang abang yang mesra dengan si adik takde. Zu perasan jugak yang diorang ni orang yang sama beli cincin hari tu.

So, zu pun tanya la dekat si adik,

'Adik ada datang hari tu kan?'
'Ha'ah.'
'Datang dengan dua orang abang kan?'
'Ya, yang ni(dia tunjuk abg dia yang main hanset hati tu) dan lagi seorang ada kat situ( dekat laluan Bazar Rakyat kot)'
'OOOOuhh'
'Adik tinggal sini ke?'
'Eh tak lah, saya duduk Penang. Saya datang sini sebab ada kenduri'
'ouh.. yang hari tu..?'
'Hari tu sepupu bersalin..'

asyik2 pilih dengansi abang yang lagi sorang tu, then dia bagi cincin yang dia comfirm nak beli. Dia bayar dan berlalu begitu saja.

Asalnya zu tak jaga kiosk. Zu jaga sebab budak kiosk tu ke tandas kejap. Mungkin ianya suatu kebetulan. Takdir Allah yang menginginkan kita berjumpa semula :)

Perancangan kita baik, tetapi ingatlah bahawa perancangan Allah adalah yang TERBAIK buat kita..

Lepas tu kan zu tukar duit dekat kuanter  perkhidmatan pelanggan sebab duit pecah takde kat kedai. Masa tu zu nampak #pelangan tetap ni ~~~ yang beli cincin tadi~~ dia berjalan dengan abang dia yang tadi ke laluan tepi KFC, kemudian kan,, abang dia yang sweet hari tu (pakai spect) panggil adik dia. Rupa-rupanya dia tengah jalan-jalan dengan mak dia.

Zu agak-agak, pelanggan tetap kali ini berusia belasan tahun

TAZKIRAH 18/3/2015- Tanda-tanda Hati yang Mencintai Dunia

Assalamualaikum

Bertemu juga kita kali ini dengan tazkirah yang bertajuk,  Tanda-tanda Hati yang Mencintai Dunia


Tanda-tanda hati yang mencintai dunia:
  1. Menganggap beribadat kepada Allah sebagai beban.
  2. Menganggap menuntut ilmu syariat sebagai kegiatan yang menyusahkan
  3. Menganggap bersedekah dan beramal itu adalah pembaziran
  4. Berasa susah hendak bangun pada akhir malam bagi mengerjakan solat
  5. Menganggap membayar zakat itu mengurangkan kekayaan
  6. Mnganggap harta dan kekayaan sebagai milik peribadi
  7. Menganggap bekerja setiap hari sebagai usaha membina kehidupan


'wahai kawan, ingatlah dunia hanya tempat persinggahan bagi menentukan kejayaan kita di akhirat kelak'- Na Zumyhuna




Itu sahaja tazkirah hari ini. Sebarang kesalah mohon dimaafkan. Illaliqa

Jom kita apply biasiswa

Assalamualaikum

Dua hari zu tak turun berblogging kerana menguruskan hal yang penting!




Okey la, jom kita apply biasiswa di link INI"(Sholarships~ afterschool)

Untuk lepasan SPM, Diploma dan seangkatan dengannya.
Tak lah terbeban dengan hutang

Tazkirah 15/3/2015- 7 Peringkat Nafsu

Assalamualaikum

Tazkirah hari ini dijelaskan dengan gambar yang zu jumpa di ruangan komen salah satu post fb Tarbiah Sentap! :)


Jadikan blog sebagai medan meningkatkan amal kita ya :)
Itu sahaja tazkirah hari ini... ilalliqa ~

Listen Al-Quran Online

Assalamualaikum

tadi zu menerjah blog untuk mencari tafsiran mimpi. Dalam blog tu ada entri tentang LISTEN AL-QURAN ONLINE....

Bagi kawan-kawan yang ada line internet dan takde al-Quran Digital, boleh lah klik gambar dibawah untuk ke web Quran Explore

listen_quran

Web- Quran Explore
Phone - iQuran (boleh search di play store)

Kawan 97’ TESCO yang sporting!


Assalamualaikum ^^


Hehehee..zu tak bagitau pun lokasi tempat zu kerja.. tapi, dah bocor rahsia ni..

Ok ok. Zu kerja di TESCO,Manjung. Kadang-kadang zu turun padang tolong jia di AEON,Seri Manjung.

Zu bukan kerja di bawah pengurusan TESCO, tapi zu kerja di bahagian luar supermarket TESCO, di kedai-kedai (BR)

Pengalaman kerja memang superb. Dapat banyak kawan sebaya. Alin(kiosk Frozen), Wani(kiosk butik Qaseh), Aqila(kiosk butik Qaseh), Diana(sepupu jia), Iskandar(kiosk jual brg2 islamik), Shila(kiosk butik Qaseh), Mira(kiosk butik Qaseh), Fatin(hot n roll), Tika(kawan jia)


Semuanya baik-baik belaka. Peramah dan yang paling penting, diorang happening sampai aku naik pening....hahaha..


Zu duduk di kedai.  Yang lain duduk kiosk. Zu gan diorang tak rapat sangat. Hubungan kami biasa-biasa. Sekadar kawan bergurau senda.

Warkah daripda Shila sebelum diberhenti

SHILA, dan ISKANDAR zu kenal sebelum dapat result SPM. Diorang punya result pun okey.

Masa hari keluar Keputusan SPM tu kitaorang call kawan-kawan. Kemku ada kawan sebaya kitaorang yang bersekolah di sm Sains dia  tak kerja di TESCO , tapi dia selalu datang jenguk kemku.

Si Kandoo ni memang komfemkomfem orang tanya tak jawab. Buat  abih top up je call. Result  Shila ok ok je.


ISKANDAR ada kata sebelum dapat keputusan,

‘Aku tak kira lepas dapat result, keputusan aku ok ke tak, aku tak nak bagi tahu sesiapa selama seminggu . Aku nak bagitau kakak aku je. Mak ayah aku pun aku tak nak bagi tau. Malu kot...’
Lepas tu, biasa la orang lelaki, janji tinggal janji, esoknya kitaorang datang TESCO jumpa dia. Dia pun bagitau result dia. Ok la tu dapat 5A.


p/s- Kepada kawan-kawan TESCO  yang baca entri ni, kome adalah kawan yang baik.

Rumah kena pecah masuk?

Assalamaulaikum




sedih betul bila mengenangkan peristiwa semalam, tatkala tika bagitau zu yang bilik di  tingkat atas bersepah. 

Mau tak sedih! dah la ada precious things dalam bilik tu

Huhuhu... pada malam sebelum kejadian berlaku, zu,kemku,jia dan tika tinggalkan rumah tu. Kitaorang tak tidur situ. Maklumlah, mak ayah jia nak pergi umrah. Sebelum berangkat of course la diorang nak jumpa anak2 diorang. Jadi,... sepeninggalan kami, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Sebenarnya kami bertiga je yang betul2 tinggal ditingkat atas sebab jia biasanya tidur dekat bawah sorang-sorang. Barang-barang kami memang ada dalam bilik tu. 

Petang semalam, tika dan jia pergi beli barang dapur. Lepas tu diorang hantar barang-barang semua dekat rumah. Masa tu la si tika perasan sesuatu yang semua pintu bilik ditingkat atas terbuka. Yang peliknya, semua pintu kami dah tutup sebelum ke rumah mak ayah jia.

Barang-barang di dalam bilik semua bersepah. Macam ada orang pecah masuk...
Tapi barang yang hilang adalah pin tudung tika and sejumlah duit yang zu tinggalkan di dalam laci almari baju.

Kemku ada suspect yang 'kerja' ni dilakukan oleh incik Toyol..
Nak kata orang masuk, memang tak masuk akal sebab semua pintu dan tingkat berkunci. 
Apa yang tak berkunci adalah tingkap di bilik air atas dan bawah. Tapi, macam tak logik, takkan la diorang masuk ikut situ. Zu suspect someone... tapi malas la nak cakap. Biar hati ini je yang tahu. Nak tuduh buat dosa pula sebab benda yang dibuat ni pun zu tak nampak sendiri..

 wallahuallam  ..baik tak payah fikir ~~~~ hrmm


Alhamdulillah, tiada berlaku kehilangan nyawa.

sebenarnya setiap peristiwa terkandung pengajaran. Allah sayangkan kita gurls.  Sebab tulah bila kak nani takde benda ni terjadi.

Pengajaran yang zu dapat daripada kejadian ini:

  1. kita wajib dengar cakap mak ayah
  2. kita perlu sentiasa ingati Allah

p/s- sekarang, baik fokus untuk study balik subject ekonomi asas dan akaun 

Tazkirah 11/3/2015- Cara elak anak berzina


Assalamualaikum


Saya dah lama berharap ingin membuat segmen kerohanian. Insyallah segmen ini akan diupdate 2kali seminggu.


Sebelum membaca entri kali ini, kepada sesiapa yang mudah tersentap, sila baca entri ini dengan penuh kesabaran dan sesiapa yang ingin menambah ilmu agama boleh la baca entri ini dan fikirkan secara positif apa yang mahu saya sampaikan.



Sedih dengan sikap masyarakat.. islam melayu masakini yang sesuka hati melakukan perbuatan terkutuk. Sedar la wei! Kome dah menjatuhkan martabat islam. Macam mana penganut agama lain nak masuk islam sedangkan orang islam yang menunjukkan perbuatan tak bermoral.

Sambut hari valentine bagai. Korang patut sedar. Saya bukan nak memburukkan orang melayu islam. Tapi ini adalah kenyataan yang nyata iaitu jumlah pembuangan bayi meningkat dari hari ke hari dan setiap satu saat lahir satu anak luar nikah di Malaysia.


Hasil carian imej untuk surah Al-Qadr


Jadi, salah satu langkah yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab adalah dengan membacakan surah Al-Qadr semasa anak  masih bayi. Bacalah banyak kali di telinga anak dan mohon kepada Allah supaya menjadikannya anak yang soleh dan solehah.


Baca lah banyak kali.. tak penat mana pun. Dapat pahala adalah


Semoga anak kita terhindar daripada perbuatan terkutuk itu. Insyallah doa ibu bapa untuk anak akan mudah dimakbulkan oleh Allah swt.



Itu sahaja tazkirah hari ini, illaliqa ^^

sumber-Radio IKIM

While You Were Sleeping

Assalamualaikum. Lama tidak menaip di sini. Sebenarnya memang dah lama tak menaip sebarang kerja since kebanyakan assigment buat dalam ...

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini