Zu nak kongsi beberapa ilmu yang zu dapat daripada sesi pembelajaran di kelas. Semoga anda mendapat pengajaran darinya. Di bawah zu sertakan beberapa petua-petua ketika mengandung,
1. Dekatkan diri dengan Allah
Kakak-kakak yang bakal menjadi ibu mestilah mendekatkan diri dengan tuhan. Sebagai contohnya seperti berzikir, mengaji insyallah anak dalam kandungan akan berasa senang dengan kalimah Tuhannya.2. Jaga kelakuan anda
Bayi di dalam kandungan akan mengikut perangai ibu sewaktu mengandung. Jika emaknya murung semasa mengandungkannya sudah tentu anak yang lahir akan menurut perangai ibunya kerana dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?3. Bijak mengawal perasaan
Ibu yang mengandung seharusnya tidak terlalu mengkut perasaan. Biarpun,hormon di dalam badan tidak stabil... kita perlulah memkirkan perasaan orang disekeliling kita. Terutamanya incik hubby
Jangan murung-murung tau
4. Mambaca surah Al-Maryam
Ustaz pernah bagi tahu zu tentang benda ni sebanyak 2 kali. Masa form 4 and form 5 . Bakal ibu dan bapa digalakkan membaca surah ini agar proses bersalin berjalan lancar.Tahniah kepada anda yang bakal menjadi ibu. Zu doakan agar anda semua mendapat anak yang soleh dan solehah
p/s- dengar cerita teman blogger kita ada ada yang pregnent. ^^ Doakan usaha zu untuk trial SPM berjalan lancar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan