Peribahasa dalam buku teks ting.4 &5


Sumber: bmspm.net 

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4


1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.




Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5



1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Best memory.. ^^

Assalamualaikum

Tadi cikgu kata ada pertandingan nyanyian lagu patriotik. So, zu nak masuk. Tolong pilih antara 2 lagu ni. ^^

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

atau

Lagu: Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah


Jalur gemilang

Zu ingat lagi yang zu dan kawan2 salin seni kata lagu jalur gemilang dalam buku. Masa tu zu di bangku sekolah rendah.

Tak tahan masa thn6. Cikgu buat pertandingan nyanyi2 dlm kelas. Partner zu- Diana. Partner Kemku- Niesa  (best memory)

PLKN???

Assalamualaikum

Pagi tadi pegi sekolah. Diorg kecoh pasal PLKN .

Zu taktau dpt keidak sebab belum check.

yg dapat tu kemain gembira lagi mcm diorg sorang je yg dpt pegi. Zu tak kisah pun..

Tak dapat ok. Dapat pun okey jer.. sebab,

andai itu takdirnya, aku pasrah .. hehehe

k kome yg form5 dan tak tau tentang PLKN, boleh semak di sini 

Check tadi dan zu nak lompat2 je sebab dah boleh agak yg zu tak mungkin dpt sebab dari kakak kembo  zu pun tak dapat.

kehkehkeh... kemain gembira kau.

Satu family x pegi PLKN . pecah rekod ni kikiki ^^

p/s- biar la kau nak kata apa dekat aku. janji aku tak kacau kau<<ini untuk kawan zu yg 'puji' zu..


Kuih Lopeh

Assalamualaikum

Lama dah tak kongsi resepi dengan kawan2 semua okey le. jom kita masak!

>>klik gambar untuk sedekah<<

Bahan2 yang diperlukan:
Beras pulut
Daun pisang 
Air
Gula melaka
Gula pasir
pewarna hijau
Kelapa parut 

Ejas sendiri tau bahan-bahan ni.

Cara2
1. Basuh beras pulut macam basuh beras biasa. Ukur macam masak nasi. Taruh pewarna kacau sebati dan masak.
2. Pulut dah masak. Biar suam sikit. Bungkus dengan daun pisang. Caranya macam ni.
3. Siap gulung, ikat betul2 dengan tali. tali rupiah ye. ikat macam apa yek.. tanya la mak kome ^^
4. Siap ikat. Rebus sampai masak. Siap ^^

Cara potong

Ambil tali rupiah dan ikat pada suatu tempat.
Buka daun pisang tu dan potong guna tali rupiah tadi ^^


Biasanya kita makan dengan sira cara nak buatnya macam ni

~ke bawah lagi...



Gula kabung dilarutkan +gula pasir sikit. Siap! Teksturnya pekat. 
Tahap kemanisan, ikut citarasa sendiri ^^

Yeah.. siap untuk dimakan :)

sedap dimakan pada waktu petang

Kalau tak tahu tanya ^^

mama kata colournya semamangnya sesuai warna hijau kalau kaler merah erhh tak sedap hati pulak nak makan

p/s-klik setiap gambar untuk menderma

Lirik Selamat Ulangtahun Cinta oleh Tasha Manshahar & Syed Syahmim

Assalamaulaikum

dah lama tak menap di ruangan blog ini.
Sedap jugak lagu tempatan kita

jom layan lagu loving duet ni sambil kita dendangkan bersama ^^



Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Tak termampu gambar dengan kata
Rasa gentar dalam jiwa
Satu purnama ku tak lena
Fikir lirik paling indah

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Kini tiba masanya kau lebih dewasa
Kini bukan masanya untuk kau berduka lara
Dunia dulu kini tak sama
Banyak dugaan jadi kau harus waspada
Benar kata mereka ku ini bukan anak raja
Ku tak punya wang berjuta harta satu dunia
Hanya sebuah lagu istimewa yang ku cipta
Baby this is special for you
Selamat Ulangtahun Cinta

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, harap kau sudi terima
Moga kau selalu tertawa, ceria disamping keluarga
bahagia yang engkau rasa, kekal sampai bila-bila
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Nama Korea dan jepun ku

My Korean name is Park Ah Ra.
Take Korean Name Generator today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


Tapi zu dah cipta sendiri.... namanya Zumyhuna @ Nu Zu Era



My authentic japanese name is 吉国 Yoshikuni (good fortune country) 美弥子 Miyako (beautiful march child).
Take your real japanese name generator! today!

yg jepun zu x cipta. Cuma zu suka yg ada chan kat belakang.. mcm Sin Chan
 ^^
kpop>> Park Ah Ra

Jepun>> Yoshikuni Miyoko

kome pun try le.. zu tau ramai yg gila kpop ka..kan.. bye2..
Assalamualaikum


SPM

Assalamualaikum

Bila sebut je mesti aku seriau. Dah lewat. Tido ^^

ZZZzzzzz



Masalah Ekonomi

Assalamualaikum


berilmu tanpa amal tiada gunanya jadi, zu nak kongsikan cara untuk menjawab soalan esei -Masalah ekonomi

Soalan:
Isterinya-Abang, anak kita memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya berhasrat ingin memenuhi permintaannya untuk membeli telefon bimbit dan sebuah jam 
Encik Rahim-Beli satu  je la. Abang tak cukup duit

Jawapan:

Encik Rahim mengalami masalah kekurangan pendapatan. Beliau terpaksa membuat pilihan sama ada ingin membeli telefon bimbit atau sebuah jam untuk anaknnya. Dia membuat keputusan untuk membeli jam untuk memaksimumkan kepuasan. Oleh itu, dia terpaksa menghadapi kos lepas iaitu telefon bimbit sebagai barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.

Wajib ada
huruf gelap- masalah asas ekonomi
huruf condong- alasan

Tak faham tanya^^

Bila dapat jadual trial SPM...

Assalamualaikum

pagi tadi cikgu ada bagi kertas. kertas periksa katanya. Terkejut badak la zu.. tak sangka periksa percubaan tinggal beberapa hari aje.

Seriau pulak. Takpe la. Itu le dah nak exam baru terpikir nak study..

Hurgghh.. nak  nangis ni. banyak benda yang perlu 'disembuhkan' sebelum masuk ke dewan peperiksaa.

Apa-apa pun kita buat

"Sepenuh jiwa raya." -ayat cikgu ekonomi asas ^^

okey.. setakat ni je.
Doakan agar zu dan kemku lulus cemerlang. tada.. kbye2.. Assalamualaikum

Zurnie Irmani 

Akaun..oo..akaun

Assalamualaikum

Alhamdlillah baru sampai rumah beberapa jam yang lalu. Hari ini ada program untuk budak-budak SPM yang ambik akaun..
Letih .. tapi zu masih nak kabo apa yang berlaku tadi

First sampai sana tentulah gementar. Ye la zu ingat kitaorg le yg dtg paling lewat tapi bila tunggu-tunggu rupanya ada lagi yg tak dtg.. nasib baik ^^,

Cikgu-cikgu akaun pun ada sama. cun siot.. mcm teacher zu hihihi

sesi seminar dimulakan dengan slot Rekod Tak Lengkap oleh  cikgu Zuryati
okey la. Tapi sebenarnya zu tak expert dengan bab RTL ni sebab cara penyelesaian yang memperlukan pelarasan. So, zu just go on to the another question..

Slot kedua bertajuk Pembubaran Perkongsian oleh cikgu Hidayah.
Sebenarnya zu pernah jumpa dia masa form3. Dia la pengawas yang jaga kitaorg time exam. Cikgu ni cute tapi dah kahwin dah.
Tajuk ni jadi best sebab dia yang ajar. Bila zu tanya dia jawab je lembut pula tu.

Slot ke3: Titik Pulang Modal
Bab yang agak senang sebab tak perlu buat pelarasan. Soalannya pun straight to the point tapi bila bab melukis graf tu err faham-faham je la. Tak pandai sangat. Cikgu tu ada kata bab ini setiap tahun masuk periksa. So, nak tak nak kena la buat latihan banyak-banyak.

Slot ke4 : Pelupusan Aset Bukan Semasa
oleh cikgu Farah Wahida. Best bila mula-mula tu. Sebab dia ada bagi tips mcm mana nak buat. Tq cikgu! Rasa senang je. Tapi ada jugak yang buat zu susah hati. Semua ni gara-gara nak kira susut nilai terkumpul. Ada 2 cara . 1..kaedah garis lurus.. 2.. kaedah baki berkurangan. ke2-duanya zu hentam je bila jawab soalan.

Then, zu jumpa balik cikgu yg ajar zu geografi masa tingkatan 1. Dia dah jadi pegawai PPD. Cikgu kata dia nak semua pelajar yg hadir peroleh sekurang-kurangnya A- dalam P.Akaun. Boleh ke idak? Akaun ...oo... akaun

Macam-macam ragam teman kita ni..

Kesian.. dia pengsan sebab tak dapat jawab
Kertas edaran
Zu dapat buah epal. Belum sampai rumah dah abis dah...
Pose yang xboleh blah yg kemku..
Kenangan bersama buddies
(yg atas ni ada gambar sepatutnya tapi atas sebab2 tertentu gmbr x boleh nak upload. Maaf ye.)

Doakan supaya zu da rakan2 seperjuangan memperoleh A+ dlm semua subjek. TQ.

:) Hari ni dapat berita gembira ~lalala..senangnya hati ^^

Maaf andai entri ini membosankan.

Emergence Couple

Assalamualaikum

Watak Utama

\
 Hero dan Heroin- Oh Chang Min dan Oh Jin Hee

Watak Tambahan


Chief Gook


  Prof. Shin


Adik heroin, Oh Ji Ae



Ahli Kumpulan hero dan heroin 

  
                  Han Ah Reum


Yong Gyu
            
Diorang ni laki bini ...  Chun-soo dan Ji-hye

Dah kenal2 sekarang zu ceritakan

Kisah bermula apabila hero dan heroin berkahwin... loving couple gitu tapi.. 
perkahwinan mereka hanya seketika apabila masuk tahun pertama perkahwinan, mereka membawa haluan masing-masing and got divorce...

6 tahun kemudian...
mereka berjumpa kembali Jin Hee dan Chang Min dalam satu kumpulan pelatih doktor. 
Chief Gook uruskan pelatih doktor dalam waktu tu... dia dah mula suka dekat Jin Hee sebab Jin Hee macam budak2 sampaikan Chang Min jelous dengan keakraban diorang. 
Chang Min pernah kata dekat Jin Hee

"Dulu kau letak jatuh atas dia sekarang... kau nak jual senyum pulak." Kata Oh Chang Min Kepada Jin Hee.

Si Chang Min cara cakapnya kurang ajar sikit dan Oh Jin Hee ni macam budak2.

Pelbagai peristiwa dilalui bersama dan akhirnya kedua-duanya jatuh cinta kembali

Prof Shin dan Chief Gook ni kawan dari dulu lagi. Semenjak diorang jadi pelatih doktar sama-sama. Babak diorang la yang zu paling suka sebab sweet.

Jin Hee suka Chang Min
Chang Min suka Jin Hee
Han Ah Reum suka Chang Min
Yong Gyu suka An Ah Reum
So complicated....

p/s- kepada kau orang yang tak suka dengar orang jerit-jerit, better tengok drama ini

Kbye-bye.. zu baru tengok 1/3 episod. Jumlah episod adalah 21.. zu terpaksa skip daripada tengok cerita ni sebab SPM nak dekat

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Assalamualaikum 


Selamat Hari Raya semua... masih mood raya bukan. Kepada insan yang telah meneruskan kerja.. selamat bekerja.. kepada kawan2 SPM.. belajar la ye..

Kali ini zu nak kongsikan resepi yang selalu mama buat pada musim perayaan. Terutamanya sewaktu Hari Raya 

Resepi Nasi Impit Daun Pisang


Bahan-bahan:
Nasi( lembik dari nasi biasa)
Daun pisang

Cara-cara:

  1. masak nasi dengan tambahan air agar tekstur nasi tersebut menjadi lembik. Jangan biar nasi menjadi bubur...
  2. Okey. Setelah masak, sejukkan nasi seketika.
  3. Cer rasa periuk nasi tu.. kalau suam-suam kita dah boleh buat langkah seterusnya.
  4. Ambil daun pisang letakkan di atas api seketika. Dah sejuk, lap dengan kain bersih. 
  5. Letak nasi tu ditengah-tengah daun pisang
  6. Gulung pelahan-lahan. Lipat hujung kedua-dua daun pisang. Langkah ini sama macam membungkus kuih lepat.
  7. Letakkan ditepi dan tunggu nasi impit kita tu sejuk. Dah sejuk, potong dan makan   '^^'

**Klik setiap gambar untuk menyumbang 20sen/klik 


rupa nasi tu macam ni

letakkan nasi di atas daun pisang

gulung perlahan-lahan

Yeah.. siap! 

terima kasih tekan :)


Kecur air liur bila tengok mama buat tadi..  bila buka daun pisang tu...aromanya... usah cakap. best. Aroma dia ada macam daun pandan. Tapi yang ni baunya lagi cool

Zu biasanya makan nasi impit dengan rendang ayam kunyit air tangan mama. Tahun ni SPM tahun depan tak tau la dapat rasa nasi impit ni masa raya nanti... 

Doakan supaya zu dapat 9A+ ye.

kbye.. nak layan cerita hindustan, Dil To Pghal Hai

Petua ketika mengandung

Assalamualaikum

Zu nak kongsi beberapa ilmu yang zu dapat daripada sesi pembelajaran di kelas. Semoga anda mendapat pengajaran darinya. Di bawah zu sertakan beberapa petua-petua ketika mengandung,


1. Dekatkan diri dengan Allah

Kakak-kakak yang bakal menjadi ibu mestilah mendekatkan diri dengan tuhan. Sebagai contohnya seperti berzikir, mengaji insyallah anak dalam kandungan akan berasa senang dengan kalimah Tuhannya.


2. Jaga kelakuan anda

Bayi di dalam kandungan akan mengikut perangai ibu sewaktu mengandung. Jika emaknya murung semasa mengandungkannya sudah tentu anak yang lahir akan menurut perangai ibunya kerana dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?


3. Bijak mengawal perasaan

Ibu yang mengandung seharusnya tidak terlalu mengkut perasaan. Biarpun,
hormon di dalam badan tidak stabil... kita perlulah memkirkan perasaan orang disekeliling kita. Terutamanya incik hubby
Jangan murung-murung tau


4. Mambaca surah Al-Maryam 

Ustaz pernah bagi tahu zu tentang benda ni sebanyak 2 kali. Masa form 4 and form 5 . Bakal ibu dan bapa digalakkan membaca surah ini agar proses bersalin berjalan lancar.



Tahniah kepada anda yang bakal menjadi ibu. Zu doakan agar anda semua mendapat anak yang soleh dan solehah

p/s- dengar cerita teman blogger kita ada ada yang pregnent. ^^ Doakan usaha zu untuk trial SPM berjalan lancar

Hujan

Assalamualaikum


nak duit raya! >  1   2   3   4   

Yeah! dia datang bawa rahmat.
Zu suka sangat bila hujan sebab masa bulan ramadhan cuaca agak panas terik.




Cikgu ada kata hari tu..
bila hujan lebat dia datang sekejap
bila hujan renyai-renyai dia duduk lama-lama..

sama dengan tangisan manusia.. betul kan?

Alhamdulillah syukur sangat sebab dapat hujan. Kalau puasa hari ini mesti best.



Okey la. jom teman zu baca cerpen online> Hate... Or Just Love

#emergence couple

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum

tak sangka hari ini adalah raya yang ke enam. So, saya nak minta maaf dekat semua blogger andai saya ada menulis sesuatu yang kurang baik di blog ini.

Perhatian kepada peserta segmen syawal 0-0... zu nak mohon maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak sediakan hadiah, kepada peserta yang tekan iklan tu.. thank you. Moga murah rezeki kome.

Kepada blogger yang ada bagi kad raya... terima kasih jugak.. comel kad raya akak..

Me.. zu ... akan kurang aktif di blog so, jika saya menang GA or Segmen.. saya minta sangat sponser dan penganjur faham dengan keadaan saya.

Atas sebab-sebab tertentu blog ini akan senyap seketika tanpa dinyahaktifkan.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi meneroka blog ini.

Thanks kepada saudara mara dan kaum keluarga yang bagi duit raya. Pagi-pagi lagi kak kembo kpop zu bagi sampul duit raya kpop.. thanks ky&kc. kikikiki..

Jangan makan lemang dan ketupat lebih-lebih. Rendang pun sama. Makan jika lapar. hehehe.. k.. Assalamualaikum semua!

Pemenang EXO ID CARD

Assalamualaikum

kepada pemenang EIC dari Giveaway Simple-Step by Huda, sila komen detail seperti yg berikut di ruang komen entri ini:
Nama: max 5huruf
Bias: ahli EXO yg korang paling minat
url gmbar: gmbr Bias korang (PNG)

Kalau sudi klik sini> 1     2    3 

senarai pemenang ada di >>sini<< sila beri detail sebelum 1/8 jam 6ptg

Pekerja kanteen dapat seketul Magnum White Almond secara percuma!

Assalamualaikum Semenjak kerja kanteen ni. Penat dia xleh nak cakap. Cuti bulan 7 ni hanya  4 hari. Alhamdulillah... Tapi masih ada cuti.....

Contact Me/ review

eatmakeread@yahoo.com

Cari Blog Ini